Kes Cerai di Malaysia Meningkat, Berkahwin Kurang – Kajian

Kes penceraian di negara ini dilapor meningkat 43.1 peratus daripada 43,936 kes pada 2021 kepada 62,890 kes, tahun lalu.

kes cerai di malaysia meningkat, berkahwin kurang – kajian

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kes penceraian tertinggi melibatkan kumpulan umur 35 hingga 39 tahun bagi lelaki, manakala 30 hingga 34 tahun bagi wanita.

 

Daripada jumlah itu, bilangan penceraian melibatkan pasangan Islam meningkat 45.8% pada 2022 atau 46,138 kes berbanding 31,650 kes pada 2021.

 

“Peningkatan ini disebabkan kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus).

“Sementara itu, perceraian orang bukan Islam juga turut meningkat 36.4 peratus daripada 12,286 (2021) kepada 16,752 (2022). Tiga lokasi atau negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam iaitu Putrajaya (500 peratus) diikuti Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59.0 peratus),” katanya.

 

Tambah lagi, bilangan perkahwinan di Malaysia pula menurun 0.5 % daripada 215,973 pendaftaran yang direkodkan pada 2021 kepada 214,824 pada 2022.

kes cerai di malaysia meningkat, berkahwin kurang – kajian

Median atau umur penengah pengantin lelaki kekal pada usia 28 tahun manakala pengantin perempuan meningkat kepada usia 27 tahun berbanding 26 tahun pada 2021.

 

“Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam pada 2022 (168,726) berbanding 2021 (176,002).

“Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Putrajaya (19.6 peratus) diikuti Perak (12.8 peratus) dan Terengganu (11.3 peratus),” ujarnya lagi.

Sumber: DOS Malaysia / Utusan