Kes Cacar Monyet Telah Meningkat Tiga Kali Ganda Di Eropah

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat peningkatan sebanyak tiga kali ganda kes jangkitan cacar monyet di Eropah dalam tempoh dua minggu lalu.

kes cacar monyet telah meningkat tiga kali ganda di eropah

Bagaimanapun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu masih belum mengiystiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global, dan usaha bagi mencegah penyakit itu perlu dipertingkatkan.

.

“Tindakan segera dan terkoordinasi adalah mustahak jika kita ingin meredakan peningkatan (kes), sekali gus menangani penularan penyakit ini," kata Dr Kluge, Ketua WHO Eropah.

kes cacar monyet telah meningkat tiga kali ganda di eropah

Menurut beliau, jumlah jangkitan di Eropah mewakili kira-kira 90 peratus daripada jumlah global, di mana kes melibatkan 31 negara di Eropah telah dikenal pasti.

.

Pihak berkuasa kesihatan di Afrika pula menyifatkan wabak yang semakin berleluasa itu sebagai kecemasan dan menyeru negara kaya untuk berkongsi bekalan vaksin yang terhad dengan mereka.

.

Ketika ini, vaksin yang digunakan terhadap cacar monyet adalah pada asalnya dibangunkan untuk penyakit cacar.

.

Sehingga kini terdapat 1,800 kes cacar monyet disyaki di Aftika, termasuk lebih 70 kes kematian dilaporkan. Manakala lebih 5,000 kes cacar monyet dilaporkan melibatkan 51 negara di seluruh dunia.

.

Sumber: [1]