Perang Belum Tamat, Kes Baru COVID-19 Di Asia Tenggara Terus Meningkat

Kes baru jangkitan COVID-19 dan kematian akibat virus berkenaan di Asia Tenggara telah meningkat untuk dua hari berturut-turut.

perang belum tamat, kes baru covid-19 di asia tenggara terus meningkat

Setakat 3 September, sebanyak 81,459 kes baharu dicatatkan, berbanding 79,055 yang dilaporkan pada hari sebelumnya, manakala kematian turut melonjak daripada 1,731 kes kepada 1,809 kes.

 

Kes kumulatif di Asia Tenggara juga telah melepasi 10.3 juta jangkitan dengan kadar kematian setakat ini mencecah 228,885 kes.

perang belum tamat, kes baru covid-19 di asia tenggara terus meningkat

Indonesia telah melaporkan 7,797 kes baru dengan 574 kematian pada 3 September, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 4.12 juta jangkitan dengan 134,930 kematian.

 

Sementara itu di Vietnam, Perdana Menterinya memberi amaran bahawa negara itu mungkin bakal berhadapan perang panjang menentang COVID-19 dan tidak boleh hanya bergantung kepada perintah berkurung atau kuarantin semata-mata. Maka, Vietnam akan mempergiatkan saringan, kawalan membendung penyakit dan pemberian vaksin kepada seramai mungkin.

 

Di Myanmar, kadar jangkitan COVID-19 juga meningkat kepada 409,509 kes selepas 3,410 kes baharu dilaporkan. Kes korban pula meningkat kepada 15,693 kes selepas 93 lagi kes dilaporkan.

 

Thailand pula mencatatkan 14,653 kes jangkitan baharu dan 271 kematian, menjadikan jumlah jangkitan 1.25 juta dan 12,374 kematian sejak wabak itu dikesan pada Januari tahun lalu.

 

Malaysia pula mencatatkan 19,057 lagi kes baharu pada 4 September, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melonjak kepada 1,824,439 kes, dengan 17,883 jumlah kematian akibat wabak tersebut.

perang belum tamat, kes baru covid-19 di asia tenggara terus meningkat

Kesemua jumlah kes yang dilaporkan adalah jauh lebih rendah kerana lebih banyak vaksin kini sedang giat diberikan kepada penduduk serata dunia, dalam usaha mengurangkan penularan wabak COVID-19. Peningkatan kes juga adalah mungkin disebabkan kelonggaran yang mula diberikan kepada orang ramai.

 

Ayuh dapatkan vaksin anda dengan segera dan sama-sama kita capai komuniti berkelompok.

 

Sumber: [1], [2]