Penduduk Panik Lihat Kerusi Sofa Terakam Terbang Di Udara

Semasa fenomena angin kencang dan ribut, adalah perkara biasa untuk kita melihat sampah, daun, dan serpihan lain berterbangan di udara.

 

Namun lain jadinya semasa ribut di Turki apabila seorang penduduk terkejut melihat terdapat sofa bertebangan di langit.

penduduk panik lihat kerusi sofa terakam terbang di udara

Pemandangan yang aneh itu dirakamkan dalam video oleh seorang penduduk bernama Onur Kalmaz yang tinggal di Ankara. Video tersebut menunjukkan sebuah sofa terbang dari balkoni sebuah bangunan tinggi 35 tingkat dan mendarat antara bangunan-bangunan berdekatan.

penduduk panik lihat kerusi sofa terakam terbang di udara

Onur berkata ketika kejadian, beliau memegang telefon dan sedang melihat keluar dari tingkap apartmennya. Namun siapa sangka, ketika itulah dia melihat sofa terbang. Dia menyatakan bahawa sofa itu menghentam beberapa bangunan lain sebelum akhirnya jatuh di taman.

Mujur tiada orang awam yang tercedera, tetapi insiden tersebut membuat ramai berasa ketakutan.

 

Terdahulu, Ankara, ibu negeri Turki, telah mengalami cuaca ribut baru-baru ini. Angin kencang yang mencapai kelajuan 45km/jam telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda termasuklah atap tercabut, pokok tumbang dan ribuan serpihan bertebangan sana sini.

 

Cuaca ribut ini juga merobohkan atap pusat membeli-belah di daerah Etimesgut dan turut merosakkan menara masjid.

 

Dalam kejadian lain, sebuah rumah pangsapuri Perumahan Awam di Kuala Lumpur turut berdepan insiden hampir serupa apabila dinding rumah di tingkat 12 tercabut akibat daripada ribut yang melanda pada Jumaat (19 Mei).

penduduk panik lihat kerusi sofa terakam terbang di udara

Sumber: Metro UK / Sinar Harian