Masih Relevan Ke Kerja 9 Pagi Hingga 5 Petang, 5 Hari Seminggu?

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun yang lalu nyata merubah lanskap dan gaya hidup manusia, misanya waktu dan cara bekerja.

masih relevan ke kerja 9 pagi hingga 5 petang, 5 hari seminggu?

Ramai antara kita yang perlu melakukan kerja pejabat dari rumah masing-masing dengan waktu bekerja yang fleksibel ketika pandemik ini.

.

Namun kini manusia sudah mulai meneruskan kehidupan normal dan melakukan rutin harian termasuk kembali bekerja di pejabat seawal jam 9 pagi sehingga lewat jam 5 petang, untuk lima hari setiap minggu.

masih relevan ke kerja 9 pagi hingga 5 petang, 5 hari seminggu?

Persoalannya, adakah tempoh masa dan cara bekerja ini masih relevan di masa kini?

.

Menurut laporan oleh syarikat pembangun perisian, Adobe, pekerja di Jerman dilihat lebih berminat untuk memiliki waktu kerja fleksibel sepenuhnya semasa bekerja.

.

Selain itu, tiga perempat golongan muda mahukan lebih kawalan ke atas jadual kerja mereka sendiri, dengan peratusan sebanyak 51 peratus yang mahukan fleksibiliti sepenuhnya terhadap jadual kerja mereka.

.

Perbezaan hanya 16 peratus responden yang memilih untuk tidak mempunyai fleksibiliti dan mahu menamatkan waktu kerja mengikut jadual yang telah ditetapkan.

.

Laporan itu diterbitkan dalam The Future of Time, melibatkan semua negara yang dikaji seperti  United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Perancis, Jerman dan Jepun.

.

Dalam laporan sama, 48 peratus responden menaruh harapan untuk bekerja dengan cara yang kurang ketat pada masa akan datang.

.

Berdasarkan syarikat perisian dalam Wrike, peningkatan dalam jadual kerja yang fleksibel juga mendorong kesaksamaan jantina, di mana ibu bapa boleh berkongsi beban atau cabaran dalam penjagaan anak.

.

Apa pula pendapat anda?

.

Sumber: [1]