Koleksi Kereta Mendiang Paul Walker Akan Dilelong

koleksi kereta mendiang paul warker akan dilelong

21 buah kenderaan milik pelakon terkenal mendiang Paul Walker bakal dijual dengan harga RM9.4 juta. Jualan tersebut telah dilakukan melalui satu acara bidaan di Scottsdale, Arizona, US.

 

Dalam banyak-banyak koleksi Walker, paling menarik perhatian semestinya kereta BMW M3 edisi Lightweight. Dikatakan kereta tersebut dihasilkan sebanyak 126 unit sahaja di seluruh dunia. Kereta tersebut telah dikeluarkan pada tahun 1995.

 

Kereta rare tersebut telah berjaya dijual dengan harga RM1.56 juta. Jumlah tersebut menjadikan jumlah tertinggi yang dibida pada sesi itu.

 

Hasil jualan itu disalurkan kepada anak perempuan Walker. Gadis itu dikatakan bertanggungjawab mengurus segala harta bapanya.

 

Walker merupakan seorang penggemar automotof telah meninggal dunia pada 23 November 2013. Beliau telah terlibat dalam kemalangan apabila kereta Porsche Carrera GT yang dipandunya telah hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Santa Clarita, Los Angeles.

 

Sumber: Astro Awani