Kerap Bersin Walau Sudah Di Vaksin Mungkin Tanda Dijangkiti COVID-19

Satu kajian telah menemui gejala yang biasa dialami mereka yang sudah lengkap divaksin namun dijangkiti COVID-19 adalah bersin.

kerap bersin walau sudah di vaksin mungkin tanda dijangkiti covid-19

Cuma bezanya mereka yang sudah lengkap divaksin biasanya mengalami gejala ringan atau tiada langsung gejala.

 

Umum mengetahui mereka yang sudah lengkap divaksin masih berisiko dijangkiti COVID-19, cuma kesan daripada jangkitan lebih rendah dan kurang berisiko menjangkiti orang lain.

 

Kajian yang dilakukan ZOE COVID Symptom Study ini menunjukkan mereka yang lengkap divaksin akan mengalami bersin yang berlebihan tanpa sebab seperti alahan debu atau faktor sekeliling.

 

"Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin," kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.

 

Pun begitu, belum ada pengesahan dari sudut sains yang membuktikan bersin adalah gejala jangkitan COVID-19.

 

"Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.

"Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko," tambah mereka.

 

Orang ramai juga diminta untuk berwaspada terhadap gejala lain dan terus mengamalkan penjarakan fizikal serta mematuhi SOP meskipun sudah lengkap dos vaksinasi.

 

Sumber: Astro AWANI