Keputusan SPM 2022 Diumum 8 Jun Depan, Mulai Jam 10 Pagi

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada 8 Jun ini.

soalan tak sama macam ramalan, kertas pendidikan islam spm2022 trending!

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan calon SPM boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

 

"Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan," kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Isnin.

 

Semakan keputusan turut boleh dilakukan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi sehingga 6 petang selain sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<Jarak>Nombor KP<Jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

 

"KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM tahun 2022," ujar KPM.

ini antara tips nak skor kertas 1 dan 2 bahasa inggeris spm!

Terdahulu, seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun lalu di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

Sumber: KPM / Sinar Harian