Jangan Hilangkan Kad Pengenalan Korang Sebab Macam-macam Jenayah Boleh Berlaku

jangan hilangkan kad pengenalan korang sebab macam-macam jenayah boleh berlaku

Kad pengenalan adalah benda paling penting dalam hidup kita. Make sure korang jaga kad identity korang tu sebaiknya.

Korang tau tak, dengan hanya sekeping kad tu, macam-macam jenayah boleh berlaku. Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, dengan hanya sekeping kad pengenalan, jenayah penyamaran, penipuan identiti dan macam-macam lagi boleh terjadi.

Beliau menyatakan kepada Sinar Harian, kad pengenalan mengandungi data-data peribadi. Sekiranya hilang ia masih boleh digunakan seperti untuk menyewa hotel atau kenderaan yang berkemungkinan digunakan untuk melakukan jenayah.

Bukan itu sahaja, kad pengenalan yang hilang juga boleh dijual kepada pendatang asing dan juga pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang korang kena buat kalau hilang kad pengenalan? Kalau korang kehilangan kad pengenalan, laporkan segera kepada pihak berwajib.

Bagi sesiapa yang terjumpa kad pengenalan yang tercicir atau hilang, serahkan kepada poigak berkuasa seperti pihak polis atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sumber: Sinar Harian