Kepala Murid Tersangkut Dalam Kon Plastik Cetus Panik

Seorang murid telah mencetuskan suasana cemas apabila terpaksa menahan rasa sakit lebih 30 minit kerana kepalanya tersangkut pada sebuah kon plastik.

kepala murid tersangkut dalam kon plastik cetus panik

Kejadian berlaku pada Selasa selepas kanak-kanak berusia 10 tahun itu bermain dengan kon terbabit sebelum tersekat pada lubangnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api dekat Pontian, Johor.

 

Ekoran daripada itu, pasukan bomba dan penyelamat tiba ke lokasi untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

 

Setibanya ke lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seorang kanak-kanak tersangkut kepalanya pada kon plastik.

 

PKO kemudian bertindak memotong kon itu menggunakan peralatan khas dan mangsa dapat dikeluarkan dari kon berkenaan dengan selamat.

 

Difahamkan mangsa yang bersekolah pada sesi pagi dan sewaktu kejadian mangsa hendak pulang sekolah lalu bermain-main dengan rakan-rakannya.

 

Rakan mangsa memberitahu mangsa memasukkan kon terlalu kuat sehingga ia tidak boleh ditanggalkan.

 

Sumber: Gempak