Dah Kaya dan Popular Tapi Kendall Jenner Akui Tak Bahagia

Ramai manusia yang mengimpikan untuk hidup dalam serba kekayaan dan popular. Namun ia tidaklah seindah seperti yang kita sangka.

 

Demikian menurut luahan supermodel jelita, Kendall Jenner yang mengakui penat dan tidak bahagia dengan kehidupannya sebagai model sejak dari usia belasan tahun.

dah kaya dan popular tapi kendall jenner akui tak bahagia

Jenner dalam satu sesi temubual bersama podcast On Purpose berkata, jadual hariannya sangat padat dan tidak merasai rutin harian seperti gadis lain ketika usianya seawal usia 14 tahun.

 

“Saya mula bekerja pada usia 14 tahun dan merasai kepenatan pada umur 19 tahun. Sejak menjadi model pada usia remaja, saya sudah tidak punya masa untuk melakukan aktiviti harian seperti yang dilakukan oleh gadis seusia saya.

“Saya berasa sangat penat dan perlu melakukan sesuatu supaya saya dapat berehat,” katanya.

dah kaya dan popular tapi kendall jenner akui tak bahagia

Beliau yang kini berusia 25 tahun mengakui tidak berasa bahagia dan gembira meskipun dilimpahi dengan kekayaan dan populariti.

 

“Saya berasa tidak bahagia dengan kerjaya sebagai model. Saya kehilangan banyak perkara termasuk waktu untuk bergembira bersama rakan sebaya,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo!