Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Guna Picagari Jenis Ini?

Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang akan digunakan untuk merawati penyakit koronavirus 2019 (COVID-19).

kenapa vaksin covid-19 perlu guna picagari jenis ini?
 
Malaysia telah menerima bekalan vaksin pertama pada 21 Feb dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga telah dipercepatkan pada Rabu, 24 Feb, berbanding tarikh asal pada 26 Feb berikutan kecekapan dan kesediaan NPRA & Bahagian Farmasi KKM dalam memastikan penghantaran dan penerimaan vaksin berjalan lancar.
 
Berikutan itu, sebanyak 12 juta picagari jenis low dead-volume/em diperlukan bagi suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini.

kenapa vaksin covid-19 perlu guna picagari jenis ini?
 
Mengapa picagari jenis ini sangat penting dalam membekalkan vaksin COVID-19 kepada orang ramai?
 
Menurut Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Makmor Bakry berkata, picagari jenis ini dapat mengurangkan pembaziran vaksin serta memaksimumkan jumlah dos daripada sebotol emvial/em (bebuli) vaksin. Ia adalah kerana, jika menggunakan picagari standard, terdapat lebihan vaksin sebanyak 0.092 ml dalam jarum, berbeza dengan picagari jenis low-dead-volume yang banyak meninggalkan 0.003 ml lebihan.

kenapa vaksin covid-19 perlu guna picagari jenis ini?
 
Dengan menggunakan picagari ini, satu vial vaksin Pfizer-BioNTech dapat membekalkan 6 dos suntikan vaksin, iaitu bersamaan untuk 3 orang penerima.

 
Menurut laporan dari Astro Awani, antara kelebihan lain menggunakan picagari jenis low dead-volume/em adalah seperti yang berikut:
  • Saiz 'hub' (penghubung picagari dan jarum) yang minimum, kurangkan pembaziran vaksin
  • Memaksimumkan jumlah dos daripada sebotol emvial/em (bebuli) vaksin
  • Enam dos suntikan vaksin COVID-19 dapat dihasilkan
  • Jumlah cecair yang tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan dikurangkan
  • Sering digunakan untuk ubat antikoagulan (pencair darah), insulin dan sebagainya
  • Tanpa picagari itu, 0.08 ml akan terbuang untuk setiap bebuli vaksin
  • Pastikan tidak berlaku pembaziran dan kerugian
  • Jika guna picagari biasa, akan ada emdead space,/em, tidak semua vaksin masuk ke badan manusia.
 
Sumber: Astro Awani