Kenapa Nama-Nama Planet Dalam English Tak Sama Dengan BM?

Umum mengetahui kewujudan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Tetapi nama-nama ini berbeza pula sekiranya dalam bahasa Inggeris.

kenapa nama-nama planet dalam english tak sama dengan bm?

Kenapa nama planet dalam bahasa Melayu tidak sama dengan nama dalam bahasa Inggeris?

kenapa nama-nama planet dalam english tak sama dengan bm?

Nama Planet Dari Dewa Yunani-Rom

Nama planet dalam bahasa Inggeris sebenarnya diambil daripada nama tuhan Yunani-Rom. Pada masa itu, hanya terdapat 7 planet yang mengelilingi bumi itu Bulan, Mercury, Venus, Matahari, Mars, Jupiter dan Saturn.

Nama-nama ini diambil berdasarkan ciri-ciri bintang yang diperhatikan. Contohnya, planet Mercury yang dilihat bergerak laju, jadi ia dinamakan sempena dewa mereka yang bersayap dan laju iaitu Mercury. Venus pula sempena nama dewa cinta dan kecantikkan, jadi ia diberikan pada planet yang paling bersinar terang.

kenapa nama-nama planet dalam english tak sama dengan bm?

Empayar Rom Jatuh, Tamadun Islam Ambil Alih

Orang Islam masa dahulu sangat meminati kajian tentang bintang dan angkasa dan ia dikenali dengan nama ilmu falak. Kemahiran tamadun Islam dalam ilmu falak ini amat dikagumi oleh dunia, khususnya barat dan penamaan semula nama-nama planet mula dibuat supaya tidak bercanggah dengan akidah Islam.

Nama Mercury ditukar kepada ‘eatarid’, Venus tukar kepada Zuharah (sinar terang), Jupiter ditukar kepada Al-Musytari, dan Saturn ditukar kepada Zuhal (merangkak, bergerak perlahan).

kenapa nama-nama planet dalam english tak sama dengan bm?

Disebabkan itu, nama planet dalam bahasa Melayu adalah tidak sama dengan nama planet dalam bahasa Inggeris.

 

Planet Uranus Dan Neptun Masih Guna Nama Dewa Rom Walaupun Dalam BM

kenapa nama-nama planet dalam english tak sama dengan bm?

Uranus adalah nama dewa langit, dan Neptun pula nama dewa laut. Jika nama planet lain diubah kepada bahasa Arab, nama dua planet ini dikekalkan kepada nama dewa Rom kerana kemorosotan tamadun Islam. Penciptaan teknologi barat telah menemui kedua-dua planet ini dan mereka (barat) sepakat menamakan planet ini dengan nama dewa Rom.

 

Sumber: [1]