Ini Jawapan Doktor Kenapa Kit Ujian COVID-19 Positif Walau Guna Air Paip

Sejak kewujudan wabak COVID-19, orang ramai sudah mula memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer setiap kali keluar daripada rumah. Tidak cukup dengan itu, penggunaan kit ujian COVID-19 turut digunakan bagi memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Terdapat banyak pilihan kit ujian COVID-19 yang dijual di pasaran masa kini, sama ada menggunakan sampel cecair belakang hidung mahupun air liur.

 

Namun begitu, keputusan kit ujian saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sampel air liur mula dipersoalkan apabila ia didapati menunjukkan positif meskipun diuji dengan air paip.

 

Menerusi video yang tular dari Tiktok, seorang lelaki telah menguji kit ujian tersebut menggunakan air paip, dan keputusannya terlihat positif.

ini jawapan doktor kenapa kit ujian covid-19 positif walau guna air paip

ini jawapan doktor kenapa kit ujian covid-19 positif walau guna air paip

Ekoran daripada itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku seperti dalam video yang tular itu.

ini jawapan doktor kenapa kit ujian covid-19 positif walau guna air paip

Katanya, ujian kendiri COVID-19 yang asli dan sahih hanya dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil. Adalah sangat mustahil untuk kit ujian COVID-19 menunjukkan keputusan positif jika diuji dengan air paip melainkan ia adalah kit ujian yang palsu.

 

Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kit ujian COVID-19 yang diluluskan dan disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

 

“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri COVID-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya.

 

Katanya lagi, kit ujian COVID-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan yang tidak jitu terhasil.

 

“Jika menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.

“Harga kit ujian kendiri COVID-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.

 

Sumber: [1], [2]