Kenapa Daging Wagyu Boleh Jadi Sangat Mahal?

kenapa daging wagyu boleh jadi sangat mahal?

Wagyu ni sebenarnya daging lembu dari Jepun. Selalunya, untuk ambik daging wagyu, mereka akan pilih yang paling unik dan diberi makanan yang sangat strict.

Lepas tu, lembu tu diberi minum susu yang khas serta makanan istimewa. Kiranya tak macam lembu-lembu lain. Wagyu muda akan diberi perhatian secukupnya. Malah, kalau mereka kesejukan para pengembala akan memberikan mereka jaket. Perghhh!

Selepas mereka dah sampai tujuh bulan, lembu-lembut tu akan dibida untuk dijual kepada penternak lain yang akan mengemukkan lembu-lembu tersebut. Lebih istimewa dan unik, lembu-lembu ni dijaga di dalam kandang khas dan diberikan nama. Nama ye bukan nombor seperti lembu biasa.

Setiap lembu tu mempunyai sijil kelahiran sendiri. Bukan tu je, mereka juga akan dibelai dan bulu mereka akan sentiasa diberus agar perjalanan darah mereka sentiasa lancar untuk mengelakkan daripada mereka berasa tertekan.

Kerajaan Jepun sangat menitikberatkan pengeluaran daging wagyu sebab mereka nak memastikan semua orang menikmati daging yang berkualiti. Sebab tu lah kekadang korang akan jumpa harga wagyu berjumlah RM4000!

Sumber: METRO