75 Peratus Pesakit Adalah Kanak-Kanak, Kenali Apa Itu Penyakit Kawasaki

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita anak kedua kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki oleh doktor.

75 peratus pesakit adalah kanak-kanak, kenali apa itu penyakit kawasaki

Mungkin kedengaran agak janggal pada kita, namun penyakit ini lazimnya boleh menyerang kanak-kanak bawah usia lima tahun.

.

Menurut laporan, penyakit Kawasaki pertama kali dilaporkan pada 1967 oleh pakar pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki, manakala kes-kes pertama di luar Jepun dilaporkan di Hawaii pada 1976.

75 peratus pesakit adalah kanak-kanak, kenali apa itu penyakit kawasaki

Umumnya, kira-kira 75% pesakit adalah kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kebanyakannya adalah lelaki dengan menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan.

.

Antara simptom penyakit Kawasaki adalah:

  • Peringkat pertama
  • Demam suhu di atas 39oC dan melebihi lima hari
  • Mata yang sangat merah (jangkitan konjunktiva) tanpa lelehan yang pekat
  • Ruam di bahagian badan yang utama (tubuh badan) dan di bahagian kemaluan
  • Bibir kemerahan, kering, merekah dan lidah yang sangat merah dan bengkak (lidah strawberi)
  • Tapak tangan dan kaki yang kemerahan dan bengkak
  • Nodul limfa di leher dan mungkin di tempat lain bengkak

.

Peringkat kedua:

  • Kulit tangan dan kaki yang menggelupas, terutama di hujung jari tangan dan kaki dalam keadaan lembaran besar
  • Sakit-sakit sendi
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut

75 peratus pesakit adalah kanak-kanak, kenali apa itu penyakit kawasaki

Pada tahap ketiga, tanda-tanda beransur hilang melainkan berlakunya komplikasi. Ia mungkin berlaku selama lapan minggu sebelum tahap tenaga kembali normal.

.

Sehingga kini, para pengkaji masih tidak mengetahui punca kepada penyakit Kawasaki, tetapi dari pemerhatian penyakit ini tidak berjangkit dari manusia ke manusia.

.

Ubat immunoglobulin(IVI) dan aspirin digunakan sebagai rawatan kepada penyakit Kawasaki di hospital.

75 peratus pesakit adalah kanak-kanak, kenali apa itu penyakit kawasaki

Rawatan awal mampu mengurangkan komplikasi kepada penyakit ini. Sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital jika anda atau anak anda mempunyai simptom seperti dinyatakan diatas.

.

Sumber: [1], [2]