Tetap Kena Sentuh Kad Touch ‘N Go, SmartTAG Walau Tol Free Sempena Raya

Pengguna diingatkan untuk bersedia dengan kad Touch ‘N Go dan juga SmartTAG serta RFID ketika melalui plaza tol, walaupun pembayaran tol telah dikecualikan bermula 19 April hingga 21 April dan 24 April depan.

tetap kena sentuh kad touch ‘n go, smarttag walau tol free sempena raya

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), langkah itu perlu dilakukan pengguna lebuhbraya namun tiada sebarang bayaran tol dikenakan kepada pengguna.

 

“LLM menyambut baik pengumuman kerajaan melaksanakan inisiatif tol percuma bermula hari ini sehingga 21 April dan 24 April ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“LLM menjangkakan jumlah peningkatan trafik bagi kenderaan yang menggunakan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 akan meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Pertambahan jumlah kenderaan ini dijangka akan berlaku secara berperingkat bermula hari ini sehingga 7 Mei nanti,” katanya dalam kenyataan.

 

Dalam pada itu, Pusat Pengurusa Trafik (TMC) dibawah kelolaan LLM akan beroperasi selama 24 jam bermula semalam sehingga 26 April depan bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini trafik.

 

Selain itu, PLUS dan MET Malaysia telah berkolaborasi bersama Astro Radio untuk menyampaikan info terkini trafik serta cuaca menerusi 11 jenama radio dibawah Astro Radio dan juga menerusi SYOK.

 

Baca: Kolaborasi PLUS dan MET Malaysia, Semua 11 Jenama Astro Radio Beri Info Terkini Trafik dan Cuaca!

 

Sumber: LLM / Utusan