Penjara Dan Denda Jika Beri Derma Pada Pengemis

Mana-mana penduduk di Semarang, Jawa Tengah kini tidak lagi dibenarkan untuk memberi derma kepada peminta sedekah atau gelandangan di jalan raya atau tempat awam.

 

Menurut laporan, mereka yang didapati memberikan derma kepada golongan ini akan dikenakan penjara tiga bulan dan denda sebanyak sejuta rupiah (kira-kira RM302).

penjara dan denda jika beri derma pada pengemis

Malah pihak berkuasa juga akan melibatkan pendakwa raya dan mahkamah berhubung hukuman denda yang dikenakan pada individu yang melanggar peraturan tersebut.

 

Bagaimanapun sebelum ia dikuatkuasa, Ketua Unit Pencegahan Jenayah, Maksiat dan Pemerdagangan Orang di Perkhidmatan Sosial Semarang akan bertindak memberi kefahaman kepada orang ramai terlebih dahulu berhubung undang-undang itu yang dijangka akan berkuatkuasa bulan depan.

 

Penduduk di Semarang juga dinasihatkan untuk menyalurkan bantuan wang tunai di saluran yang betul seperti rumah ibadat atau rumah kebajikan. Tindakan ini juga bertujuan membantu gelandangan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan tanpa perlu lagi meminta sedekah atau sumbangan di tempat awam.

 

Sumber: Utusan