Seorang wanita telah dipecat kerana didapati leka menari di Tiktok selepas beliau mengambil cuti bergaji kerana katanya sedang sakit belakang.
Kes itu telah dibicarakan di sebuah mahkamah dekat Sepanyol selepas wanita tersebut yang bekerja sebagai juruwang didapati sihat dan menari dalam satu video yang dimuatnaik olehnya di Tiktok, sedangkan beliau memaklumkan perlu cuti bergaji kerana sakit belakang.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Mrs. Piedad telah memohon cuti bergaji pada Januari 2021 kerana katanya mengalami sakit belakang yang tidak membolehkan dirinya hadir ke tempat kerja. Namun perkongsian di Tiktoknya menunjukkan beliau sihat kerana elok sahaja membuat tarian lincah.
Video di Tiktoknya itu telah disedari pihak majikannya yang kemudian menghantar surat pemecatan segera kerana wanita itu telah menyalahgunakan cuti bergaji yang diluluskan.
Kes ini kemudiannya telah dibicarakan di mahkamah kerana wanita itu merasakan ia tidak adil untuk dirinya. Namun perbicaraan mahkamah memihak kepada pihak syarikat yang katanya wajar membuat pemecatan itu.
Sumber: Oddity Central