Betul Ke Tak Panaskan Enjin Akan Rosakkan Kotak Gear? Ini Kata Pakar

Sering kali kita dengar akan tabiat memasakan enjin pada waktu pagi sebelum meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi.

betul ke tak panaskan enjin akan rosakkan kotak gear? ini kata pakar

Tetapi ada pula yang mendakwa tidak perlu pun memanaskan enjin untuk kereta jenis baharu kerana ia boleh merosakkan enjin.

 

Mana satu ni?

 

Tabiat memanaskan enjin adalah bertujuan untuk mempercepatkan peredaran minyak dalam enjin dan membolehkan enjin berfungsi pada suhu optimum.

betul ke tak panaskan enjin akan rosakkan kotak gear? ini kata pakar

Bagaimanapun seiring dengan teknologi semasa, enjin kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api (ECU) yang mana akan menyesuaikan keadaan enjin dengan suhu persekitaran.

 

Tabiat tidak memanaskan enjin TIDAK memberi kesan pada enjin namun ia boleh memberi kesan kepada kotak gear untuk tempoh jangka masa panjang.

betul ke tak panaskan enjin akan rosakkan kotak gear? ini kata pakar

Berikut adalah kata pakar gearbox, JV Auto Lube seperti yang dipetik menerusi akaun Tiktok mereka:

 

“Memang tiada masalah setiap pagi start enjin terus jalan, tidak akan rosakkan sistem enjin tetapi akan memberi kesan kepada gearbox.

“Sebab gearbox semasa dalam keadaan pagi tekanan tinggi, ketika rpm tengah naik. Masa tengah tinggi itulah kita masuk D atau reverse (R) yang akan memberi kesan jangka masa panjang iaitu kerosakkan dalam kotak gear.

“Reverse selalu problem, masuk gear menyentap, tidak boleh kawal tekanan kerana kerosakkan dalam gearbox. Itu bila masuk D termenung tak jalan, tukar gear tak lancar, ini tanda-tanda dalaman gearbox dah alami masalah.

“Salah satu punca, habit masuk gear D dalam keadaan enjin belum running condition,” kongsi akaun TikTok itu.

 

@jvautolube.hq#JVTipsKereta - Tak kiralah anda pengguna gearbox CVT atau gearbox conventional! Kebocoran tekanan hidraulik di dalam gearbox boleh berlaku bila anda kerap lalai dalam menjaga jadual servis minyak ATF/CVTF. Prestasi pertukaran gear bergantung pada komitmen anda dalam urusan penyelenggaraan gearbox! . . Pemilihan minyak CVT/ ATF yang betul... Dapat memanjangkan jangka hayat GEARBOX! . Sistem gearbox perlu dijaga dengan TELITI... Untuk mencegah kerosakan di masa akan datang! . Suhu dalaman gearbox perlulah TERKAWAL... Pressure dalaman gearbox perlulah STABIL... Penyelenggaraan gearbox JANGAN diabaikan... . . CVT/ ATF JV AUTO LUBE: Merawat & Meindungi Gearbox! . ✅ Memberikan perlindungan yang berganda ✅ Mencegah masalah kebocoran dalaman gearbox ✅ Mengawal kepanasan melampau ketika beroperasi ✅ Memaksimakan kecekapan pertukaran gear ✅ Memanjangkan jangka hayat gearbox ➤ Ramai yang tak tahu pentingnya penjagaan gearbox seperti mana anda menjaga enjin. Sebab itu kami tekankan lebih tentang penjagaan gearbox supaya anda tidak menjadi mangsa OVERHAUL seperti rakan-rakan kita yang lain... #CVTJVAUTOLUBE #ATFJVAUTOLUBE #ATF45HP #ATF67WS #CVTPLUS #CVT8EF #JVAutoLubeHQ #PakarGearbox #automotive #keretamanual #car #keretaimport #keretasecondhand #keretaauto #gearbox #storyanakbengkel #keretalocal #atf #reviewkereta #protonpersona #protonsaga #protonx70 #peroduamyvi #peroduaaxia #hondacity #toyotavios #mitsubishiasx #nissanalmera #bezza #ehailing #grab #cv #jdm #proton #perodua #kereta #100k #follower #thankyou #foryourpage #fyp #kereta #keretarosak #keretarosaklahpulak #bengkelkereta #rosak #tiktokpromote #viral #jvautolube #jvautolubetreatment #showcasemademebuyit #longervideos #tiktokmalaysia #100kviewers #pomen #pomenkampung #engineoil #gearbox #pakargearbox #jvautolube #keretamalaysia #workshop #malaysia #fyp #viral ♬ bunyi asal - PAKAR GEARBOX JV AUTO LUBE

 

Untuk info, semasa menghidupkan enjin pada waktu pagi, putaran per minit (rpm) akan lebih daripada 1,000 rpm.

 

Ketika rpm berada pada tahap itu, adalah tidak digalakkan untuk pengguna memasukkan gear kepada R atau D, sebaliknya perlu tunggu ia turun dahulu ke paras bawah 1,000 rpm.

 

Tindakan memasukkan gear D atau R pada tahap atas 1,000 rpm (semasa menghidupkan enjin) boleh merosakkan bahagian piston seal dan klac untuk jangka masa panjang. Akibatnya, pengguna akan merasakan gejala sentakkan setiap kalu menggunakan gear D atau R.

betul ke tak panaskan enjin akan rosakkan kotak gear? ini kata pakar

Kos bagi baikpulih kotak gear boleh mencecah antara RM3,000 hingga lebih RM5,000.

 

Sumber: Tiktok / Motoqar