Ruam Penuh Satu Badan, Thailand Catat Kematian Pertama Kes Cacar Monyet

Thailand telah melaporkan kematian pertama kes cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang dijangkiti HIV dan sifilis.

ruam penuh satu badan, thailand catat kematian pertama kes cacar monyet

Menurut laporan, lelaki berusia 34 tahun itu dimasukkan ke hospital di wilayah Chon Buri pada 11 Julai lalu, dan disahkan menghidap cacar monyet seminggu kemudian.

 

Lelaki itu kemudian dibenarkan keluar dari hospital selepas berminggu-minggu menjalani rawatan, tetapi dimasukkan semula ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi pada 9 Ogos selepas mengalami kesukaran bernafas.

ruam penuh satu badan, thailand catat kematian pertama kes cacar monyet

Pesakit itu didapati mempunyai ruam di seluruh badannya, dan juga jangkitan pada paru-paru serta otak, selain turut mengalami masalah kekurangan imun yang teruk.

 

Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia pada 11 Ogos selepas keadaannya dilapor semakin teruk.

 

Setakat ini, terdapat sejumlah 189 kes cacar monyet dilapor di Thailand, termasuk 28 warga asing. Daripada jumlah itu, 82 daripada mereka dijangkiti HIV.

 

Sumber: BERNAMA