Jangkitan Virus Pun Belum Reda, Eropah Kini Berdepan Malapetaka Kemarau Pula

Negara-negara di Eropah kini sedang berdepan dengan bencana kemarau ekoran daripada gelombang panas melampau, hingga menyebabkan kebakaran besar-besaran berlaku.

kemarau kini cetus malapetaka dahsyat di eropah

Menurut laporan kaji cuaca, rekod suhu semasa di negara Britain mencecah 39.7 darjah Celsius dan mungkin meningkat lebih tinggi sehingga 40 darjah Celsius buat pertama kalinya di negara terbabit.

.

Timur England pula mencatatkan suhu tertinggi 38.1 darjah Celsius, menjadikan ia sebagai hari paling panas dalam tempoh setahun.

kemarau kini cetus malapetaka dahsyat di eropah

Pejabat Cuaca Negara Perancis pula berkata sebahagian besar bandar barat negara tersebut telah merekodkan suhu panas melampau pada Isnin lalu. Misalnya Atlantik Brittany dengan suhu 39.3 darjah Celsius, Saint-Brieuc (39.5 darjah Celsius) dan Nantes (42 darjah Celsius).

.

Ekoran daripada cuaca panas melampau itu, Perancis, Greece, Portugal dan Sepanyol kini berdepan dengan kebakaran besar-besaran yang telah memusnahkan kawasan yang luas.

.

Menurut Penyelidik Suruhanjaya Eropah, lebih separuh atau 56 peratus wilayah Eropah terdedah kepada amaran kemarau peringkat tertinggi. Manakala 11 peratus berada pada tahap berjaga-jaga.

.

Sumber: [1]