Sentiasa memastikan kediaman sentiasa bersih dan dalam keadaan terbaik sepanjang masa antara bidang kerja bagi memenuhi kekosongan jawatan ini.
Menurut laporan, keluarga Diraja Britain kini sedang mencari mana-mana individu yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu rumah profesional di kediaman tersebut.
.
Pembantu rumah yang dicari juga akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor.
.
Gaji yang ditawarkan juga adalah pada kadar £7.97 sejam (RM43.88), kurang £1.93 (RM10) berbanding kos sara hidup standard di Britain. Bagaimanapun, makan minum dan tempat tinggal akan disediakan oleh pihak istana.
Selain itu, faedah lain seperti 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum juga akan diberikan.
“Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.
“Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin,” tulis iklan itu.
Mereka yang berminat juga tidak perlu sebarang pengalaman dalam bidang pengurusan kerana Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan kakitangannya untuk menangani cabaran baharu.
Permohonan untuk jawatan itu boleh dibuat sehingga 19 Jun 2022 dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga pada Julai depan.
Sumber: [1]