Mulai 1 April, Kelajuan Internet Mudah Alih di Malaysia Mesti Lebih 7.7 Mbps

Bermula 1 April ini, penyedia perkhidmatan internet mudah alih di Malaysia mesti mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemaskini.

 

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, MSQoS telah menetapkan bahawa penyedia perkhidmatan jalur lebar mudah alih perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 Mbps.

mulai 1 april, kelajuan internet mudah alih di malaysia mesti lebih 7.7 mbps

Ujarnya lagi, purata kelajuan muat turun ini mestilah tidak kurang 10 Mbps mulai tahun hadapan.

 

“MSQoS bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kita telah kemas kini dan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet di negara ini.

“Sebagai contoh, sebelum ini kita tetapkan tidak kurang daripada 90 sampel ujian perkhidmatan itu perlu mencapai kelajuan muat turun pada 2.5Mbps atau lebih tinggi dan apabila berkuat kuasa standard mandatori yang baharu ini, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7Mbps,” katanya.

 

@bernamaofficial Standard mandatori baharu jalur lebar tanpa wayar berkuat kuasa 1 April #BernamaNews #VideoBernama ♬ original sound - bernamaofficial

 

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika sesi soal jawab tambahan berhubung strategi kementerian dalam menyelesaikan isu kualiti perkhidmatan rangkaian Internet di seluruh negara, khususnya di negeri Kelantan.

 

Terdahulu pada tahun 2021, kelajuan jalur lebar tanpa wayar mudah alih ditetapkan pada 2.5 Mbps dan jalur lebar tanpa wayar tetap pada 25 Mbps. Peraturan baharu 7.7 Mbps ini sebenarnya masih rendah untuk 4G LTE, meskipun 5G sudah mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk di Malaysia.

 

Sumber: Bernama