Kehadiran Murid & Guru Mulai 1 Mei Seperti Sebelum Pandemik

Kehadiran murid-murid ke sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah diwajibkan bermula 1 Mei, menurut Datuk Mohd Radzi Jidin.

kehadiran murid & guru mulai 1 mei seperti sebelum pandemik

Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, pengecualian hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu termasuk individu yang positif COVID-19.

“Jika ada murid bergejala yang hadir ke sekolah, pertama sekali, kita asingkan di bilik isolasi, jalankan ujian kendiri, dan sekiranya negatif, boleh ke kelas, dan pakai pelitup muka. Jika positif, guru akan hubungi ibu bapa jemput murid dan bawa pulang ke rumah. Itu dalam keadaan sekiranya datang ke sekolah dan bergejala.

“Bagi kehadiran guru, pegawai pengurusan dan anggota kumpulan pelaksana, kehadiran ke institusi adalah wajib. Jika ada guru bergejala, guru ini perlu melaksanakan ujian kendiri, sekiranya negatif perlu pakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu, aktiviti sukan yang melibatkan pertandingan antara sekolah, baik di peringkat daerah mahupun negeri juga dibenarkan seperti biasa, dengan syarat tiada individu positif yang menyertai aktiviti berkenaan, tambah beliau.

 

Sumber: [1]