Kedai Mercun Meletup dan Terbakar Bukan Berlaku Di Alor Setar! – Polis

Sejak semalam tular video menerusi akaun Tiktok menunjukkan sebuah kedai menjual mercun terbakar dan meletup.

kedai mercun meletup dan terbakar bukan berlaku di alor setar! – polis

Menerusi keterangan video, kejadian itu katanya berlaku di Alor Setar, Kedah, namun dinafikan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

.

Menurut beliau yang menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 11.30 malam tadi, insiden itu sebenarnya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan.

kedai mercun meletup dan terbakar bukan berlaku di alor setar! – polis

“Polis telah menerima laporan mengenai video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar di bandaraya ini.

“Selepas disiasat mendapati kejadian itu tidak berlaku di kawasan Alor Setar, sebaliknya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan,” katanya.

 

@ohbulanofficial WEHHH 😨😨😨😨 #ohbulan #viral #kedai #jual #mercun #meletup #depan #kedai #vivo #fyp ♬ original sound - OHBULAN!

 

Ujarnya lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak menularkan sebarang isu atau berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

 

Sumber: Astro AWANI