Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti cukup familiar dengan restoran atau kedai mamak, yang menyajikan pelbagai hidangan kepada semua kaum.
Antara menu yang disajikan di kedai mamak adalah roti tisu. Siapa je tak suka dengan roti tisu kan?
Jika di Pulau Pinang pernah viral dengan roti tisu baring, kali ini sebuah kedai mamak di Seri Petaling tampil kelainan pada sajian roti tisu mereka iaitu dengan bentuk Menara Berkembar KLCC.
Menerusi video yang tular di Tiktok, roti tisu Menara KLCC itu direka khas oleh sebuah kedai mamak yang bernama Restoran Aliff.
Idea untuk menghasilkan roti tisu KLCC itu timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran berkenaan.
Dapat dilihat, pelayan membawa hidangan itu dengan menggunakan cawan sebagai pemegang. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan harga untuk setiap hidangan ini.
Sumber: Tiktok / The Sun