Kedah Diramal Alami Gelombang Suhu Panas Hingga 37 Darjah Celsius

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran kebanyakkan kawasan di negeri Kedah akan mengalami gelombang panas dengan suhu dijangka mencecah sehingga 37 darjah Celsius.

kedah diramal alami gelombang suhu panas hingga 37 darjah celsius

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata suhu dijangka kekal antara 35 hingga 37 darjah celsius yang menjejaskan daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Kota Star, Pendang, Sik dan Kuala Muda.

 

Menurutnya, gelombang haba sudah diklasifikasikan sebagai amaran Tahap 1 dan berkuatkuasa dari 1 hingga 3 April walaupun Fasa Peralihan Monsun.

 

Kejadian ini berlaku kesan dari suhu tinggi yang berlarutan dari penghujung musim Monsun Timur Laut.

 

"Secara lazimnya, menjelang penghujung musim Monsun Timur Laut, suhu di kawasan utara semenanjung kekal agak tinggi, walaupun bermulanya Fasa Peralihan Monsun.

"Bagaimanapun, kita tidak menjangkakan keadaan ini berlarutan kerana tanda-tanda Fasa Peralihan Monsun semakin ketara.

"Sebagai contoh, kita sedang menyaksikan pembentukan garis badai pada awal pagi di Selat Melaka dan pantai barat semenanjung Malaysia," kata Pengarah Pejabat MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz.

 

Tambah beliau lagi, keadaan cuaca semasa juga meningkatkan kebarangkalian pelbagai fenomena cuaca berbahaya seperti ribut petir, putting beliung, belalai air/darat, hujat lebat, banjir kilat dan hujan batu.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan aktiviti luar dan terdedah, selain perlu memakai pakaian longgar dan topi teduh untuk perlindungan matahari.

 

Sumber: MetMalaysia / HMetro