Bila sebut mengenai asid folic, ramai yang menyangka ia hanya diambil oleh wanita yang ingin atau sedang hamil sahaja. Namun tahukah anda asid folic juga sangat baik untuk kesuburan lelaki?
Asid folic atau folat adalah sejenis vitamin B kompleks yang turut dikenali sebagai vitamin B9. Folat biasa ditemui dalam pelbagai jenis makanan manakala asid folic pula didapati dalam suplemen. Kedua-dua bahan ini sangat penting bagi mendapatkan diet yang seimbang dan juga bagus bagi meransang kesuburan dan kehamilan.
Bukan sahaja untuk wanita, nutrein yang terkandung dalam bahan ini sangat baik untuk kesuburan lelaki dan mampu memberi impak terhadap kualiti genetik sperma.
Asid folic berfungsi mengurangkan kecacatan kromosom sperma dan merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis (proses pembentukan sperma).
Selain itu nutrien ini juga memainkan peranan yang sangat besar dalam mencegah beberapa kondisi kesihatan, termasuklah:
- Masalah jantung (membantu merendahkan tahap homocysteine)
- Masalah otak (membantu kognitif berada pada tahap normal)
- Beberapa jenis anemia
- Cirit -birit dan masalah sistem pencernaan yang lain
- Penyakit kardiovaskular contohnya strok
Bagi mendapatkan nutrein ini, berikut adalah contoh makanan dan suplemen yang boleh anda ambil:
- Sayur-sayuran seperti brokoli, asparagus dan bayam
- Buah-buahan seperti pisang, avokado dan strawberi
- Kekacang seperti lentil dan kacang kuda
- Daging seperti daging lembu, ayam, itik dan telur
- Suplemen vitamin B yang telah diperakui oleh pakar perubatan
Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar nutrisi terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang diet bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Sumber: Hello Doktor