Ini Kawasan Yang Akan Dilalui Jika Anda Guna MRT Laluan Putrajaya

Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 akan mula dibuka kepada orang ramai hari ini, 16 Mac 2023 bermula jam 3 petang.

ini kawasan yang akan dilalui jika anda guna mrt laluan putrajaya

Dengan adanya laluan ini, ia akan memudahkan warga kota untuk berhubung dari ibukota Kuala Lumpur dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya.

 

MRT ini dijangka mampu membawa 1,200 penumpang dalam satu-satu masa, sekaligus mengurangkan kesesakan trafik diatas jalan raya.

ini kawasan yang akan dilalui jika anda guna mrt laluan putrajaya

Keseluruhan laluan MRT Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer, 44.2km trek bertingkat dan 13.5km terowong bawah tanah, melalui 36 stesen yang mana 27 stesen bertingkat dan 9 stesen bawah tanah, bermula dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya.

 

Antara kawasan yang dilalui oleh MRT ini adalah seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya. Terdapat 5 lagi stesen yang dirancang di sepanjang jajaran untuk kegunaan masa hadapan iaitu Institut Penyelidikan Getah (RRI), Bandar Malaysia Utara, Bandar Malaysia Selatan, Taman Teknologi, dan Taman Universiti.

 

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada dan akan datang. Rujuk jadual lengkap laluan MRT Putrajaya seperti dibawah:

ini kawasan yang akan dilalui jika anda guna mrt laluan putrajaya

 

Sumber: MRT