Kapal Parker Solar Probe, yang dilancarkan oleh NASA, kini menjadi kapal angkasa pertama yang terbang melalui atmosfera luar Matahari.
Kapal angkasa itu terbang melalui atmosfera atas Matahari yang juga disebut sebagai lapisan Corona dan mengambil beberapa sampel disitu, kata Agensi Angkasa Amerika pada hari Selasa.
Para saintis berkata kapal Parker Solar Probe telah mencapai kejayaan itu pada 28 April lalu, tetapi mereka baru membuat pengumuman hanya selepas analisis data mengesahkannya.
"Kapal Parker Solar Probe ‘menyentuh’ Matahari ialah detik paling bermakna untuk sains solar dan pencapaian yang benar-benar luar biasa," kata Thomas Zurbuchen, pentadbir bersekutu untuk Direktorat Misi Sains di Ibu Pejabat NASA di Washington.
Dalam kenyataannya, NASA berkata bahawa pencapaian itu akan membantu saintis menemui maklumat penting tentang matahari dan pengaruhnya terhadap sistem suria kita.
Kapal itu kini berada hampir dengan permukaan matahari dan lebih banyak penemuan baharu akan diketahui tidak lama lagi.
Sumber: [1]