Kapal Angkasa Gagal Bawa Lebih 70 Abu Mayat Ke Bulan, Terhempas Pagi Tadi

Sebuah kapal angkasa yang berlepas ke bulan bersama lebih 70 abu mayat pada minggu lalu dilapor berpatah balik dan memasuki atmosfera Bumi, awal pagi tadi.

kapal angkasa gagal bawa lebih 70 abu mayat ke bulan, terhempas pagi tadi

Kapal angkasa Peregrine Mission One (PM1) dilapor mengalami kebocoran bahan api selepas dilancarkan pada 8 Jan lalu.

Pasukan jurutera berjaya menstabilkan kapal angkasa tersebut secara kawalan jauh dari pusat pelancaran namun kebocoran yang dialami menghalang pendaratan selamat dibuat pada permukaan bulan.

kapal angkasa gagal bawa lebih 70 abu mayat ke bulan, terhempas pagi tadi

Menurut syarikat Astrobotic yang bertanggungjawab membina kapal angkasa itu, kegagalan ini memaksa kapal Peregrine masuk semula ke atmosfera Bumi dan terhempas di lokasi terpencil di perairan Pasifik Selatan sekitar jam 9 malam (waktu tempatan) atau jam 5 pagi tadi (waktu Malaysia).

kapal angkasa gagal bawa lebih 70 abu mayat ke bulan, terhempas pagi tadi

Selepas memasuki atmosfera Bumi, kapal angkasa Peregrine bergerak pada kelajuan 27,358 km/j, sebelum terbakar dan hancur.

 

Menurut laporan, kapal angkasa Peregrine yang dijangka mendarat di bulan pada 23 Feb, dilapor membawa sampel DNA bekas Presiden AS, John F Kennedy, bersama abu mayat berpuluh-puluh individu lain.

 

Sumber: Kosmo!