Kanye West Sudah Mohon Pertukaran Nama Kepada Ye

Penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat, Kanye West dilaporkan telah membuat permohonan pertukaran namanya kepada Ye.

kanye west sudah mohon pertukaran nama kepada ye

Permohonan itu dibuat peguam yang mewakili bekas suami Kim Kardashian itu yang mengemukakan petisyen menukar nama West daripada nama kelahirannya Kanye Omari West kepada Ye.

 

Penyayi berusia 44 tahun itu memberikan alasan pertukaran itu dicatat dalam dokumen undang-undang namun tidak pula memberikan perincian lain.

 

Beliau juga turut menamakan album studio kelapannya dengan tajuk Ye.

 

“Saya percaya ‘Ye’ adalah perkataan yang paling biasa digunakan dalam Bible yang bermaksud ‘anda’, “ kata West.

 

Permohonan itu dijangka akan diluluskan kerana mahkamah tidak mempunyai sebarang jalangan mengenai tindakan itu selagi tiada bukti ia dipohon atas tujuan penipuan.

 

Penyanyi itu juga bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Donda pada Jumaat ini.

 

Sumber: [1]