Kangkung Adalah Antara Tumbuhan Berbahaya Di Amerika Syarikat, Ini Sebabnya

Kangkung merupakan sejenis sayuran berdaun yang biasa ditemui di Malaysia. Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung darat dan kangkung air.

 

Meskipun ia biasa di negara ini, tumbuhan kangkung sebenarnya diharamkan penanamannya di Amerika Syarikat.

kangkung adalah antara tumbuhan berbahaya di amerika syarikat, ini sebabnya

Menerusi perkongsian seorang pengguna Tiktok @agrotonomy, beliau menceritakan bagaimana kangkung boleh diharamkan di negara itu sedangkan ia merupakan sajian popular di Asia, khasnya Malaysia, Indonesia dan Filipina.

 

@agrotonomy Vertical farming kangkung (water spinach) on aeroponic towers #kangkung #waterspinach #verticalfarming #urbanfarming #aeroponics #farming #towergarden #hydroponics #agriculture #kangkong ♬ Aesthetic - Tollan Kim

 

Kangkung atau turut disebut juga sebagai bayam air mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. Namun oleh kerana tumbuhan ini mempunyai sifat agresif kerana didakwa mengancam laluan air dan spesis tumbuhan asli lain, maka ia diletakkan dalam senarai tumbuhan berbahaya.

kangkung adalah antara tumbuhan berbahaya di amerika syarikat, ini sebabnya

Pada zaman dahulu juga pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan pernah menjalankan pemeriksaan di mana-mana premis makanan yang menggunakan kangkung. Kangkung akan dirampas, dihapuskan dan dimusnahkan serta-merta.

 

Sumber: Vocket, AZ Central