Apakah cita-cita anda ketika anda kecil? Doktor? Polis? Angkasawan?
Itu mungkin cita-cita kita semua ketika masih kecil dan ia telah berubah buat kanak-kanak masa kini.
Menurut kajian kebanyakkan kanak-kanak masa kini dari julat umur 8 hingga 12 tahun lebih selesa memilih untuk mempunyai cita-cita sebagai bintang Youtube atau Vlogger, berbanding kerjaya professional lain.
Kajian oleh Harris Poll keatas 3,000 kanak-kanak dari tiga negara, iaitu Amerika Syarikat, UK dan China, memerlukan mereka memilih salah satu daripada lima kerjaya; angkasawan, ahli muzik, atlet, guru dan Vlogger.
Hasilnya, majoriti kanak-kanak dari Amerika Syarikat dan UK memilih menjadi Youtuber, dan sebaliknya 56% kanak-kanak di China memilih untuk menjadi angkasawan.
Walaupun hasil kajian ini tidak mewakili keseluruhan kanak-kanak dari serata dunia, namun trend untuk menjadi bintang Youtube ini dilihat sebagai suatu yang membimbangkan.
Sumber: INC