COVID19: Kanak-Kanak Belum Vaksin Berisiko Dijangkiti Subvarian Arcturus!

Kanak-kanak yang belum divaksin dan individu yang tidak menerima suntikan penggalak serta mereka yang rendah imuniti adalah antara yang berisiko menerima jangkitan subvarian baharu COVID-19 yang disebut sebagai Arcturus.

covid19: kanak-kanak belum vaksin berisiko dijangkiti subvarian arcturus!

Demikian menurut pakar kesihatan, Dr Farhan Rusli berkata, subvarian berkenaan boleh menyebabkan kadar keterukan penyakit yang lebih serius.

covid19: kanak-kanak belum vaksin berisiko dijangkiti subvarian arcturus!

Ujarnya, Arcturus mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding subvarian sebelum ini.

 

"Buat masa ini kita masih lagi tidak dapat menentukan subvarian ini, adakah ia sama teruk seperti Delta, tetapi ia teruk dari subvarian sebelum-sebelum ini.

"Apabila kita mengatakan sesuatu sebegitu, ia ada simptom mata dan memasukkan orang ke dalam hospital, kenapa kawalan ini harus dilaksanakan pada peringkat awal?

"Jika ada mutasi yang akan berlaku daripada subvarian tersebut, ia mungkin akan menjadi lebih teruk daripada Delta sebelum ini," katanya.

 

Situasi yang teruk pernah berlaku akibat varian Delta sebelum ini dan antaranya adalah kerana kadar vaksinasi yang tidak mencapai liputan meluas dan tahap keberkesanan.

covid19: kanak-kanak belum vaksin berisiko dijangkiti subvarian arcturus!

"Tetapi sekarang kenapa kita mengatakan populasi ada lebih teruk berbanding subvarian sebelum ini? Ini kerana vaksin yang kita telah terima itu, daya ketahanannya makin lama makin kurang dan sebab itu dos penggalak diperlukan.

"Ada kemungkinan kita mengatakan subvarian ini sama dengan subvarian sebelum ini, tetapi sebelum ini imunisasi kita masih lagi tinggi," tambahnya.

 

Tambah beliau lagi, meskipun tiada lagi arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka setakat ini, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka khasnya ketika berada di tempat yang sesak, lebih-lebih lagi dimusim perayaan ini.

 

Sumber: Astro AWANI