Yang Pertama Di Malaysia, Ini Pengalaman Kami Cuba Skyline Luge KL [Video]

Setelah lama dinanti-nantikan, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga, akhirnya telah dibuka kepada orang ramai bermula dari 9 Disember lalu.

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]

Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia, serta tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia dan yang kedua di Asia Tenggara.

 

Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter. Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disirami lampu LED bergerak yang sangat ‘cool’!

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]

Selain itu, dengan helmet RFID bebas tangan, anda boleh merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.

 

@syoksyoksyok Skyline Luge dah bukak guys! Musim cuti ni boleh la bawak family dengan kawan-kawan korang datang sini, memang best giler weh 👏🏻 #SYOK #syokcover #skylinelugegamudagarden #funpark #gamudalugegardens #malaysia #fyp #fypシ ♬ original sound - SYOK

 

Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.

 

Harga Skyline Luge KL adalah seperti berikut:

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]

Waktu operasi rasmi Skyline Luge pula adalah seperti berikut:

yang pertama di malaysia, ini pengalaman kami cuba skyline luge kl [video]