Kaki Dipotong Akibat Ambil Lebihan Makanan Dalam Peti Sejuk

Kaki seorang pelajar berusia 19 tahun ini terpaksa dipotong menerusi pembedahan selepas didapati mengambil lebihan makanan dalam peti sejuk rumahnya.

kaki dipotong akibat ambil lebihan makanan dalam peti sejuk

Foto hiasan

 

Dikenali sebagai JC, lelaki itu didapati mengambil ayam dan mee yang dibeli rakannya dari sebuah restoran, malam sebelum beliau mengalami kesakitan.

 

Memetik laporan, suhu badan lelaki itu mulai panas dan degupan jantungnya mencatatkan bacaan 166 degupan seminit semasa dikejarkan ke hospital.

 

Rekod perubatan juga mengesahkan beliau tidak mempunyai sebarang alegi dan sudah mengambil semua dos vaksin semasa kanak-kanak serta jarang mengambil minuman beralkohol. Bagaimanapun beliau didapati menghisap dua kotak rokok setiap minggu dan ganja setiap hari.

 

Keadaan JC semakin teruk dan terpaksa dihantar ke hospital lain dengan segera bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

Beliau akhirnya disahkan menderita jangkitan kuman agresif yang membuatkan buah pinggang dan darahnya membeku. Keputusan ujian darah mendapati beliau positif bagi Neisseria Meningitidis iaitu sejenis sepsis yang boleh mengancam nyawa.

 

“Pesakit kelihatan agak baik selepas tempoh 20 jam. Dia asalnya sakit perut dan tekak berasa loya selepas makan nasi, ayam dan lebihan makanan yang dibeli dari sebuah restoran.

“Lima jam sebelum dimasukkan ke hospital, warna kulitnya berubah menjadi ungu dan rakannya membawa ke bahagian kecemasan hospital,” kata laporan itu.

kaki dipotong akibat ambil lebihan makanan dalam peti sejuk

Laporan juga mengesakan JC dijangkiti bakteria melalui air liurnya. Kesan jangkitan itu menyebabkan tisu di jarinya mengalami gangren termasuklah bahagian kaki hingga menyebabkan semua jari dan bawah lututnya terpaksa dipotong.

 

Insiden ini telah dilaporkan menerusi Jurnal Perubatan New England edisi Mac 2021.

kaki dipotong akibat ambil lebihan makanan dalam peti sejuk

Sumber: [1]