Kajian Dapati Ramai Pekerja Dari Serata Dunia Kini Lebih Gemar Waktu Fleksibel

Sejak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lalu, ramai pekerja kini lebih cenderung menginginkan fleksibiliti dari segi waktu bekerja.

kajian dapati ramai pekerja dari serata dunia kini lebih gemar waktu fleksibel

Menurut laporan baru oleh Adobe, pekerja di Jerman lebih berminat pada waktu kerja fleksibel sepenuhnya.

Selain itu, tiga perempat golongan muda mahukan lebih kawalan ke atas jadual kerja mereka.

Dapatan sama turut diselitkan dalam laporan ‘The Future of Time’ pada 2021 yang melibatkan semua negara dikaji iaitu United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Perancis, Jerman dan Jepun.

Kajian terbabit mendapati 56 peratus responden mengatakan rakyat Jerman adalah golongan yang paling berminat untuk mempraktikan waktu kerja fleksibel.

Sementara itu, Jepun mempunyai bahagian terendah orang yang bekerja dengan kekangan dalam waktu bekerja daripada tujuh negara tersebut iaitu sebanyak 12 peratus.

Menurut syarikat perisian dalam Wrike, peningkatan dalam jadual kerja yang fleksibel juga mendorong kesaksamaan jantina yang mana mana ibu bapa boleh berkongsi beban atau cabaran dalam penjagaan anak.


Sumber: [1]