Kajian Buktikan Rasa Sunyi Boleh Beri Kesan Negatif Pada Tubuh

Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari McGill Unoversity, Canada dan University of Oxford menunjukkan bahawa kesunyian boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan seseorang.

kajian buktikan rasa sunyi boleh beri kesan negatif pada tubuh

Kajian ini telah pun telah pun diterbitkan di dalam jurnal bertajuk Trends in Cognitive Sciences. Dalam jurnal tersebut, para pengkaji mendapati dengan pengasingan sosial boleh memberi kesan yang teruk kepada kesihatan mental dan fizikal.

Antara yang boleh berlaku akibat daripada kesunyian adalah gangguan terhadap ingatan dan otak serta gangguan kepada kadar gula dalam darah.

 

Selain itu, mereka juga menemukan kesunyian mampu memberi kesan negatif kepada sistem imunisasi. Perkara ini akan membuatkan badan kita akan lebih terdedah dan mudah dijangkiti penyakit sehinggakan boleh meningkatkan risiko kematian pada seseorang.

kajian buktikan rasa sunyi boleh beri kesan negatif pada tubuh

Jadi, janganlah mengasingkan diri. Kalau korang rasa macam hilang harapan dan kesunyian, dapatkan bantuan dengan segera, ok?

 

Sumber: Malay Mail