Zakat fitrah dikenali juga zakat Ramadan perlu disempurnakan pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:
- Beragama Islam (bukan murtad)
- Berakal
- Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal
Ketua keluarga adalah wajib untuk membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. Namun, jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad, bersamaan 2.7kg beras, atau senilai dengannya. Berikut adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri bagi tahun 1445H/2024M.
Nota: Kadar zakat fitrah di Perlis adalah RM7 dan RM10.
Sumber: Sinar Harian