Kabel Internet ‘Dipotong’ Punca Facebook, Instagram Down Malam Tadi?

Malam tadi, ratusan ribu pengguna aplikasi keluarga Meta dilapor berdepan dengan masalah tidak dapat mengakses perkhidmatan media sosialnya seperti Instagram, Facebook dan juga Threads. Pengguna dikatakan di log keluar daripada media sosial berkenaan hingga menjejaskan ramai pengguna seluruh dunia.

kabel internet ‘dipotong’ punca facebook, instagram down malam tadi?

Menurut Downdetector, lebih 500,000 laporan ralat diterima dengan 76% daripada masalah yang dilapor pengguna Facebook berkait dengan masalah log masuk.

 

Bagaimanapun masalah itu telah berjaya diselesaikan awal pagi tadi (6 Mac), selepas kira-kira dua jam ia menjejaskan pengguna seluruh dunia.

kabel internet ‘dipotong’ punca facebook, instagram down malam tadi?

Menurut sebuah syarikat telekomunikasi Hong Kong, HGC Global Communications dalam satu kenyataan berkata terdapat kerosakan pada kabel dasar laut di Laut Merah yang telah mengganggu rangkaian telekomunikasi hingga memaksa penyedia perkhidmatan untuk mengubah laluan sebanyak satu perempat trafik antara Asia, Asia Barat dan Eropah, termasuk trafik Internet.

 

Dikatakan kabel milik empat rangkaian telekomunikasi utama telah ‘dipotong’ menyebabkan gangguan yang signifikan kepada rangkaian komunikasi di Asia Barat.

kabel internet ‘dipotong’ punca facebook, instagram down malam tadi?

Kabel dasar laut telah memacu Internet di dunia dan banyak dibiayai oleh gergasi Internet seperti Google, Microsoft, Amazon dan Meta.

 

Menurut Seacom yang memiliki salah satu sistem kabel yang terjejas berkata pembaikan tidak akan bermula dalam masa terdekat kerana pihaknya memerlukan tempoh masa untuk mendapatkan permit bagi menjalankan operasi di kawasan itu.

 

Sumber: Variety / BH