Jutawan Ini Merajuk Lepas Ditegur Tak Pakai Face Mask

Seorang jutawan dikatakan telah merajuk dan mengambil keputusan untuk mengeluarkan semua simpanannya dari sebuah bank selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

 

Kejadian berlaku ketika lelaki itu ditegur pengawal keselamatan bank ketika mahu berurusan dengan bank berkenaan.

 

Berang ditegur, lelaki yang dikenali sebagai Sunwear itu masuk ke dalam bank itu dan mengeluarkan semua simpanannya yang dianggarkan berjumlah 5 juta yuan (kira-kira RM3.2 juta).

jutawan ini merajuk lepas ditegur tak pakai face mask

Itu adalah jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan beliau dan jutawan itu bercadang akan ke bank berkenaan setiap hari bagi mengeluarkan semua simpanannya dari bank terbabit.

 

Dalam video yang tular, jutawan itu mengakui berang dengan layanan yang diterima dari bank berkenaan dan menuduh kakitangan bank itu tidak mempunyai sikap yang baik ketika melayan pelanggan sedangkan beliau telah menyimpan wang yang banyak disitu.

 

"Disebabkan tindakan itu, saya akan keluarkan semua wang dan menyimpannya di bank lain," katanya.

 

Kesemua wang yang dikeluarkan perlu dikira secara manual dan dimasukkan dalam beg untuk dibawa masuk menaiki sebuah limosin.

 

Menurut pengurus bank berkenaan, jutawan itu menjadi marah hanya kerana ditegur tidak memakai pelitup muka seperti yang ditetapkan kepada semua pelanggan bank yang lain,

 

Sumber: [1]