Juruwang Dituduh Curi Duit Atuknya Guna Akses Pengurus Bank, “Macam One Cent Thief!”

Seorang kakitangan bank telah ditahan selepas dituduh menggunakan akses pengurusnya untuk mencuri wang dari akaun datuknya sendiri, demikian menurut polis Tennessee, Amerika Syarikat.

juruwang dituduh curi duit atuknya guna akses pengurus bank, “macam one cent thief!”

Wanita berusia 29 tahun tersebut bekerja sebagai juruwang bank dan pegawai pinjaman di sebuah persatuan kredit berhampiran Memphis, mengikut afidavit penahanan daripada jabatan polis bandar tersebut.

 

Datuk kepada juruwang tersebut menghubungi bank pada bulan Februari apabila beliau tidak menerima penyata bank bagi bulan November dan Disember, kata polis.

 

Bank menyiasat mengapa penyata tersebut tidak dihantar dan mendapati bahawa log masuk pengurus bank telah digunakan untuk meluluskan pemindahan keluar daripada akaun lelaki itu.

juruwang dituduh curi duit atuknya guna akses pengurus bank, “macam one cent thief!”

Lebih tiga bulan, sebanyak US$17,000 (kira-kira RM78,446) telah dipindahkan daripada akaun lelaki tersebut ke akaun cucunya yang juga seorang pekerja bank. Pemindahan telah dilakukan sebanyak 12 kali dalam tempoh itu, kata polis.

 

Pengurus bank telah menghubungi polis dan memaparkan sejarah pemindahan tersebut.

 

Pada bulan Mac, pengurus bank diberikan barisan gambar dan beliau mengenal pasti juruwang bank dan cucu lelaki itu sebagai orang yang dituduh membuat pemindahan secara haram, demikian menurut pihak polis.

 

Juruwang tersebut dituduh melakukan pencurian harta antara US$10,000 dan US$60,000 dan ditahan di Memphis pada 12 Jun lalu.

 

Polis dalam afidavit tidak mendedahkan untuk apa wang yang dicuri digunakan atau sama ada wang itu telah dikembalikan kepada datuknya.

 

Tindakan tidak bertanggungjawab pekerja bank itu dilihat hampir sama dengan kisah dalam drama bersiri, One Cent Thief yang pernah ditayangkan di Astro.

 

Sumber: The Charlotte Observer/Tribune News Service