Bengang Pengantin Tak Bagi Makan, Jurufoto Nekad Padam Semua Gambar Kahwin

Seorang jurufoto nekad memadamkan kesemua foto pengantin gara-gara bengang kerana tidak diberikan makanan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan.

bengang pengantin tak bagi makan, jurufoto nekad padam semua gambar kahwin

Pengantin yang juga rakannya pada awalnya bersetuju membayar caj $250 (kira-kira RM1,046) bermula 11 pagi hingga 7.30 malam.

 

Namun sekitar jam 5 petang, makanan telah dihidangkan kepada tetamu namun bukan untuk jurufoto terbabit. Beliau juga tidak diberikan sebarang minuman atau makanan lain sepanjang berada dilokasi.

 

"Sekitar pukul 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu tidak boleh berhenti makan kerana saya perlu menjadi jurugambar.

"Saya beritahu pengantin lelaki bahawa saya nak berehat seketika 20 minit untuk makan dan minum. Tiada bar terbuka atau apa-apa, saya bahkan langsung tidak dapat minum air.

“Dia kemudian beri pilihan sama ada saya menjadi jurugambarnya atau boleh balik tanpa dapat bayaran," tulis beliau pada satu hantaran di Reddit.

 

Kecewa dengan sikap pengantin, jurufoto itu kemudian bertindak memadamkan kesemua gambar yang dirakamnya sebelum berlalu pergi meninggalkan majlis.

 

Tindakan jurufoto itu nyata mendapat sokongan ramai sambil mengecam sikap pengantin yang tidak berperikemanusiaan itu.

 

Sumber: [1]