Lelaki Terkejut Jumpa Ular Sawa 10kg Dalam Mangkuk Tandas Rumah di Kelantan

Pada hari Ahad, 14 Mei, seorang lelaki dikejutkan dengan kemunculan seekor ular sawa seberat 10 kilogram di dalam mangkuk tandas rumahnya di Kampung Wakaf, Pasir Puteh, Kelantan.

lelaki terkejut jumpa ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas rumah di kelantan

Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu disedari oleh pemilik rumah selepas dikejutkan dengan bunyi serpihan kayu yang jatuh dari atap rumahnya pada jam 1.05 tengah hari.

 

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.05 petang. Lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menangkap ular sawa tersebut.

 

Ketika tiba di lokasi, mereka mendapati ular tersebut berada di dalam tandas dan akhirnya berjaya ditangkap menggunakan penjerut, pengepit dan pengait. Menurut rekod, sejak Januari hingga Ahad, sebanyak 60 ekor ular sawa telah berjaya ditangkap.

 

Nik Mohd Nor memberitahu, cuaca panas menyebabkan haiwan tersebut keluar dari tempat biasa untuk mencari kawasan yang lembap dan sejuk.

 

Sumber: Sinar Harian