Tak Dapat Tunjuk Lesen dan Roadtax Digital Sebab Fon Mati? Ini Kata JPJ

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan perkhidmatan lesen dan cukai jalan digital, bagi memudahkan urusan semua pengguna kenderaan bermotor.

tak dapat tunjuk lesen dan roadtax digital sebab fon mati? ini kata jpj

Malah, proses ‘renew’ cukai jalan dan lesen memandu juga akan boleh dibuat secara atas talian menerusi aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari depan.

 

Tambah lagi, pemilik kenderaan juga boleh berkongsi lesen kenderaan motor digital (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ kepada ahli keluarga, rakan mahupun individu lain yang dibenarkan pemilik kenderaan.

 

Namun wujud persoalan andai peranti telefon pintar pengguna kenderaan kehabisan bateri, yang menyukarkan pengguna untuk menunjukkan lesen mahupun roadtax digital mereka ketika diminta penguatkuasa.

tak dapat tunjuk lesen dan roadtax digital sebab fon mati? ini kata jpj

Menurut Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan, Ybrs. Tuan Abdul Rahman Emang Anyie berkata, terdapat beberapa kaedah ketika penguatkuasa menjalankan pemeriksaan, antaranya adalah melalui pemeriksaan nombor kad pengenalan.

 

"Apabila kita nak memeriksa maklumat pegawai, pemandu atau sesiapa yang membawa memandu kenderaan itu, sebenarnya ada beberapa kaedah. Salah satunya, nombor kad pengenalan kita.

“Dalam sistem JPJ itu sebenarnya kita boleh semak sebenarnya. Sebut nombor kad pengenalan, semua maklumat tu yang berkenaan dengan JPJ ada dalam sistem kita.

"Sepatutnya semasa dalam sekatan jalan pun, telefon dah takde bateri, beritahu, tunjuk IC pun boleh,” ujar beliau menerusi satu temubual.

 

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan pada 10 Feb 2023 bahawa pelekat cukai jalan atau sticker roadtax tidak lagi perlu dipamerkan dan pemilik kenderaan boleh mula menggunakan roadtax digital sahaja.

 

Sumber: Wiser