JPJ Beri Tempoh 3 Bulan Selesaikan Kompaun Cermin Gelap, Masuk Mahkamah Jika Gagal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk melunaskan kompaun masing-masing.

jpj beri tempoh 3 bulan selesaikan kompaun cermin gelap, masuk mahkamah jika gagal

Menurut Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap bagi tempoh satu hingga 15 hari (RM100), 16 hingga 30 hari (RM150), dan 31 hingga 60 hari (RM250).

 

"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

"Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

jpj beri tempoh 3 bulan selesaikan kompaun cermin gelap, masuk mahkamah jika gagal

Untuk info, kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan adalah 70 peratus bagi cermin hadapan, 50 peratus untuk cermin sisi kiri dan kanan manakala kosong peratus untuk cermin belakang.

 

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai alasan kukuh seperti faktor keselamatan dan juga masalah kesihatan adalah diberi kelonggaran untuk peraturan ini.

 

Sumber: Sinar Harian