Lee Jong Suk Risau Kalau Peminat Kecewa Bila Tahu Dia Bercinta Dengan IU

Hubungan percintaan bintang k-drama, Lee Jong Suk, 34, bersama penyanyi k-pop popular, IU, 30, kini bukan lagi teka-teki.

lee jong suk risau kalau peminat kecewa bila tahu dia bercinta dengan iu

Siapa sangka, selama sedekad memendam perasaan dan hubungan persahabatan yang terjalin kini timbul bibit cinta antara mereka.

 

Percintaan pasangan ini disahkan sendiri empunya badan, jong Suk dan IU menerusi surat yang dilayangkan buat kelab peminat.

 

Menerusi surat itu, Jong Suk mengimbau kembali pertemuan bersama IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eu ketika berusia pertengahan 20-an, serta perasaannya selama ini.

 

"Mulanya, ia sekadar cinta monyet, tetapi saya hampa kerana hubungan diharapkan tidak menjadi kenyataan.

"Namun, kami berkawan begitu lama, siapa sangka akhirnya IU menjadi milik saya.

"Walaupun bekerja keras menjalani kehidupan dengan cara tersendiri, namun anehnya, IU tetap hadir di setiap sudut hati saya," luahnya.

lee jong suk risau kalau peminat kecewa bila tahu dia bercinta dengan iu

Jong Suk juga mengakui kekasihnya itu mempunyai ciri-ciri yang diidamkan untuk dijadikan pasangan hidup.

 

"Perasaan ini bertukar menjadi cinta. IU membuatkan saya tidak mampu melupakannya.

"Saya percaya peminat faham jika saya mengatakan IU sama seperti Kang Dan I (watak dalam Romance is a Bonus Book).

"IU sangat luar biasa, banyak membantu saya dalam mencari haluan hidup sebagai rakan baik. Dia boleh saya harapkan dan memahami.

"Walaupun lebih muda, kematangannya membuatkan saya rasa IU lebih 'tua' berbanding saya.

"Sikap IU sangat mengagumkan dan membuatkan saya mahu melindunginya. Sekarang, IU membuatkan saya mahu menjadi lelaki lebih baik," katanya lagi.

lee jong suk risau kalau peminat kecewa bila tahu dia bercinta dengan iu

Menurut Jong Suk lagi, beliau mengakui bimbang jika peminatnya terkejut dan kecewa andai dia membuat pengakuan menjalinkan hubungan cinta lebih awal kepada umum. Bagaimanapun, beliau berharap agar peminat dapat menerima dengan baik dan terbuka.

 

Terdahulu, pasangan ini digosipkan bercinta selepas kisah mereka dihidu apabila Jong Suk hadir perjumpaan bersama peminat di Osaka 20 Disember lalu.

 

Malah foto mereka sedang bercuti bersama semasa menyambut Hari Krismas juga telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

 

Sumber: BH