Selesai Masalah Jalan Gelap, Johor Juga Akan Mula Guna Garis Jalan Glow In The Dark

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan mereka telah memulakan program rintis garisan jalan yang menyala dalam gelap (glow in the dark) di Hulu Langat dan kini teknologi sama akan turut diperkenalkan di Johor.

jangan terkejut, jalan ‘glow in the dark’ pertama kini di semenyih, selangor

Menurut laporan, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM1 Juta bagi menaiktaraf jalan dengan teknologi berkenaan.

 

Ekoran itu, JKR Johor akan mula membuat penialain sebelum memberikan senarai jalan di negeri itu yang akan menggunakan garisan jalan glow in the dark.

 

Teknologi garisan jalan glow in the dark adalah didapati lebih murah berbanding meletakkan pemantau cahaya permukaan jalan, dan ia dilihat sebagai penyelesaian kepada isu jalan gelap yang tidak berlampu pada waktu malam.

Teknologi seperti ini telah diuji di Australia dan Belanda, yang mana cat digunakan akan menyerap tenaga cahaya daripada matahari pada waktu siang, seterusnya akan menyala kehijauan pada waktu malam, untuk tempoh lapan jam.

 

Sumber: Bernama